SHAKLEE

9 March 2015

WAKTU TERBAIK MINUM AIR

TAHU TAK BILA WAKTU TERBAIK MINUM AIR???
Kalau nak tahu jom baca....
 
Pagi - selepas bangun dari tidur

  • Bangun je pagi,terus minum air.tak payah gosok gigi dulu. Ini adalah kerana masa kita tidur,kita akan kehilangan banyak air di dalam tubuh sepanjang malam.
  • Kehilangan air di dalam badan akan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda  tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur tau.
  • Dengan ini, ia dapat menggelakkan kita daripada mencari air yang berkafein

30 minit- sebelum waktu makan

  • Agak-agak 30 minit sebelum hampir waktu makan,cepat-cepatla minum air. Ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air.
  • Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Dengan ini,tidak adalah mulut tu nak mengunyah je kerjanya.HEEE

Sepanjang hari
  • Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari.
  • Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.
  • Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
  • So,conclusionnya.. AIR ADALAH KOMPONEN PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA.
 
nota kaki- kalau nak tau agak-agak satu hari nak minum banyak mana AIR , senang jer nak tahu.
                    anggar je berat 25 kg=1 liter air,so kalo berat dalam 50 kg=2 liter
                    seelok-eloknya minum air kosong yer =]
                   
 
 

 

No comments:

Post a Comment