SERIAU JE DENGAR..
ANAK KAWAN OPIS JE 2 X KENA BALIK.
APA ITU HFMD??
JOM KITA BACA MENGENAINYA:-
HFMD adalah penyakit penularan enterovirus yang biasa menyerang kanak-kanak. Kebiasaannya penyakit ini tidak serius tetapi mengundang kebimbangan seisi keluarga dan yang paling utama boleh merebak dan menjangkiti anak-anak lainnya. Penyakit ini biasanya merebak melalui sentuhan dengan cairan badan seperti kahak, hingus, air liur, cairan kulit, najis dan sebagainya.
Tanda-tanda (gejala; symptoms) penyakit HFMD:
- Ruam pada tangan, kaki, mulut
- Ulser dalam mulut
- Demam
- Letih lesu
- Sakit kepala atau perut
- Kurang selera makan
- Cirit
- Dehydration (kekeringan)
- Tidak boleh makan / minum / dehidrasi
- Gejala (symptoms) penyakit yang serius / keadaan pesakit yang terlalu lemah (membimbangkan)
- Demam berterusan
- Mengesyaki penyakit lain yang lebih serius (mimik HFMD)
- Mengesyaki komplikasi saraf (meningitis / encephalitis), jantung (carditis), peparu (pneumonitis / pneumonia)
- Faktor keluarga – seperti tidak berupaya untuk pantau / teruskan rawatan di rumah, kekurangan bantuan keluarga.
- Bawa anak berjumpa doktor jika syaki anak menghidapi HFMD, dan ikut nasihat doktor tentang rancangan perawatan pesakit
- Pemberian ubat demam dan ubatan lain mengikut nasihat doktor
- Pastikan anak minum air dengan cukup dan juga makanan / nutrisi lain. Galakkan anak untuk minum dan makan walaupun akan ada sedikit kesukaran seperti ulser mulut. Cuba beri diet lembut seperti bubur, pudding, aiskrim dan galakkan minum air sedikit-sedikit tetapi kerap kali.
- Sentiasa pantau keadaan anak
- Fokus kepada demam (terlalu panas? Demam berterusan? Tidak respon dengan ubatan?),
- Hidrasi (tidak cukup makan / minum? Kencing kurang? Lemah? Cengkung mata? Ulser mulut menganggu diet?),
- Keadaan am anak (terlalu lemah? Tidak bermaya? Penyakit semakin serius? Muntah / cirit berterusan?),
- Gejala saraf (terlalu tidak bermaya? Tahap kesedaran kurang? Perangai berubah luar kebiasaan? Meragam tanpa henti? Sawan? Pergerakkan tidak normal pada otot / anggota badan?)
- Gejala pernafasan (kesukaran bernafas? Nafas laju? Batuk berterusan? Batuk berdarah?),
- Gejala jantung (debaran jantung kencang? Berpeluh dengan kuat? Sukar bernafas? Kepucatan? Nadi lemah?), penyakit / gejala (symptoms) berlarutan atau apa jua gejala yang membimbangkan keluarga
- Sebaiknya tidak hantar kepada pengasuh / nursery / tadika / sekolah
- Kerap cuci tangan degan sempurna setiap kali selepas bersentuhan dengan pesakit / cairan dari pesakit (termasuk najis, kencing, kahak dan sebagainya)
- Isolasi / pengasingan sewajarnya
- Tidak berkongsi alatan seperti cawan, sudu, garpu, picagari ubatan dan sebagainya)
- Membasuh alatan, cadar (dan alatan lain yang bersentuhan / digunakan pesakit) dengan sempurna
- Sentiasa bersedia untuk bawa pesakit ke hospital / pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.
SO, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...
COPY PASTE-FROM DOKTORBUDAK.COM
No comments:
Post a Comment