SHAKLEE

9 April 2015

ANTARA SEBAB-SEBAB BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN???

 
Pernah tak korang berdiet tapi berat badan tak turun-turun??
malah ada tu lagi makin naik dan terus mendadak naik.
Pelbagai cara korang dah guna untuk kurus tetapi tetap sama...
tak kira la korang beria-ria bersenam,mengambil supplement,mengambil ubat kurus,ikut petua orang dulu-dulu la....tapi hasilnya kecewa.
Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda TERLUPA semasa didalam proses diet atau menurunkan berat badan. 
 
Jom...kat sini aku nak share
 
 15  punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.


1. Pengambilan air soda

Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.


2. Kurang tidur

Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.


3. Tidak bersarapan

Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.


4. Makan terlalu cepat

Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.


5. Kurang minum air putih

Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.


6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan

Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi itu tak bermaksudlah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.


7. Makan Ketika Tertekan/Stres

Ketika stres, ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi, ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.


8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.


9. Terlalu banyak menonton televisyen

Ketika menonton televisyen, fikiran anda lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.


10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar

Pinggan besar, makin banyak makanan yang boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya simplekan cara untuk menjadi gemuk.


11. Pesan Combo Makanan

Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?


12. Minum Kordial

Jus dan kordial adalah merupakan jenis minuman yang berbeza. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah sebenar (boleh je blend sendiri kan) kerana ia pasti kurang gula buatan berbanding jus sebenar.


13. Makan Dengan Potongan Yang Besar

Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.


14. Malas Bersenam

Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan (diet lah katakan), tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang yang berlemak itu tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua dihujung jari.


15. Makan Lewat Malam

Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal.



SO, SEKARANG SEMUA DAH TAU KAN.
LEPAS NI JANGAN LUPA YERRRR.. =)


No comments:

Post a Comment