SHAKLEE

9 April 2015

ANTARA SEBAB-SEBAB BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN???

 
Pernah tak korang berdiet tapi berat badan tak turun-turun??
malah ada tu lagi makin naik dan terus mendadak naik.
Pelbagai cara korang dah guna untuk kurus tetapi tetap sama...
tak kira la korang beria-ria bersenam,mengambil supplement,mengambil ubat kurus,ikut petua orang dulu-dulu la....tapi hasilnya kecewa.
Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda TERLUPA semasa didalam proses diet atau menurunkan berat badan. 
 
Jom...kat sini aku nak share
 
 15  punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.


1. Pengambilan air soda

Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.


2. Kurang tidur

Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.


3. Tidak bersarapan

Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.


4. Makan terlalu cepat

Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.


5. Kurang minum air putih

Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.


6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan

Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi itu tak bermaksudlah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.


7. Makan Ketika Tertekan/Stres

Ketika stres, ada di antara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi, ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.


8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.


9. Terlalu banyak menonton televisyen

Ketika menonton televisyen, fikiran anda lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.


10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar

Pinggan besar, makin banyak makanan yang boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya simplekan cara untuk menjadi gemuk.


11. Pesan Combo Makanan

Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?


12. Minum Kordial

Jus dan kordial adalah merupakan jenis minuman yang berbeza. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah sebenar (boleh je blend sendiri kan) kerana ia pasti kurang gula buatan berbanding jus sebenar.


13. Makan Dengan Potongan Yang Besar

Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.


14. Malas Bersenam

Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan (diet lah katakan), tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang yang berlemak itu tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua dihujung jari.


15. Makan Lewat Malam

Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal.



SO, SEKARANG SEMUA DAH TAU KAN.
LEPAS NI JANGAN LUPA YERRRR.. =)


5 April 2015

Penyakit Kaki-Tangan-Mulut ( Hand Foot Mouth Disease - HFMD )

SEJAK KEBELAKANGAN NI ASYIK TERDENGAR JE TENTANG PENYAKIT KAKI-TANGAN-MULUT NIE..

SERIAU JE DENGAR..

ANAK KAWAN OPIS JE 2 X KENA BALIK.

APA ITU HFMD??

 JOM KITA BACA MENGENAINYA:-

HFMD adalah penyakit penularan enterovirus yang biasa menyerang kanak-kanak. Kebiasaannya penyakit ini tidak serius tetapi mengundang kebimbangan seisi keluarga dan yang paling utama boleh merebak dan menjangkiti anak-anak lainnya. Penyakit ini biasanya merebak melalui sentuhan dengan cairan badan seperti kahak, hingus, air liur, cairan kulit, najis dan sebagainya.

Tanda-tanda (gejala; symptoms) penyakit HFMD:
  • Ruam pada tangan, kaki, mulut
  • Ulser dalam mulut
  • Demam
  • Letih lesu
  • Sakit kepala atau perut
  • Kurang selera makan
  • Cirit
  • Dehydration (kekeringan)
Walaupun begitu, ada peratusan kecil, penyakit ini boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman selaput otak (meningitis / encephalitis), radang / jangkitan peparu (pneumonitis / pneumonia) dan radang jantung (myocarditis).Kebiasaanya, penyakit ini tidak serius, tanpa sebarang komplikasi yang membimbangkan dan sembuh sepenuhnya.Dari segi rawatan, kebanyakkan pesakit dirawat sebagai pesakit luar tanpa perlu kepada kemasukkan ke dalam hospital. Rawatan lebih tertumpu kepada perawatan gejala penyakit seperti ubatan demam, ubatan topikal untuk ulser mulut, pemerhatian kepada gejala komplikasi yang lebih serius dan memastikan hidrasi dan nutrisi pesakit diteruskan. Juga, keluarga perlu lebih prihatin pada faktor kebersihan (hygiene) dan mengelakkan penularan penyakit tersebut.Namun begitu, ada ketikanya yang pesakit-pesakit ini perlu dimasukkan ke dalam wad (hospitalisation) untuk pemerhatian dan rawatan lanjut, antaranya ketika:
  • Tidak boleh makan / minum / dehidrasi
  • Gejala (symptoms) penyakit yang serius / keadaan pesakit yang terlalu lemah (membimbangkan)
  • Demam berterusan
  • Mengesyaki penyakit lain yang lebih serius (mimik HFMD)
  • Mengesyaki komplikasi saraf (meningitis / encephalitis), jantung (carditis), peparu (pneumonitis / pneumonia)
  • Faktor keluarga – seperti tidak berupaya untuk pantau / teruskan rawatan di rumah, kekurangan bantuan keluarga.
Nasihat am untuk keluarga:
  • Bawa anak berjumpa doktor jika syaki anak menghidapi HFMD, dan ikut nasihat doktor tentang rancangan perawatan pesakit
  • Pemberian ubat demam dan ubatan lain mengikut nasihat doktor
  • Pastikan anak minum air dengan cukup dan juga makanan / nutrisi lain. Galakkan anak untuk minum dan makan walaupun akan ada sedikit kesukaran seperti ulser mulut. Cuba beri diet lembut seperti bubur, pudding, aiskrim dan galakkan minum air sedikit-sedikit tetapi kerap kali.
  • Sentiasa pantau keadaan anak
  1. Fokus kepada demam (terlalu panas? Demam berterusan? Tidak respon dengan ubatan?),
  2. Hidrasi (tidak cukup makan / minum? Kencing kurang? Lemah? Cengkung mata? Ulser mulut menganggu diet?),
  3. Keadaan am anak (terlalu lemah? Tidak bermaya? Penyakit semakin serius? Muntah / cirit berterusan?),
  4. Gejala saraf (terlalu tidak bermaya? Tahap kesedaran kurang? Perangai berubah luar kebiasaan? Meragam tanpa henti? Sawan? Pergerakkan tidak normal pada otot / anggota badan?)
  5. Gejala pernafasan (kesukaran bernafas? Nafas laju? Batuk berterusan? Batuk berdarah?),
  6. Gejala jantung (debaran jantung kencang? Berpeluh dengan kuat? Sukar bernafas? Kepucatan? Nadi lemah?), penyakit / gejala (symptoms) berlarutan atau apa jua gejala yang membimbangkan keluarga
 BAWA SEGERA KE HOSPITAL! Langkah pencegahan penularan penyakit:
  • Sebaiknya tidak hantar kepada pengasuh / nursery / tadika / sekolah
  • Kerap cuci tangan degan sempurna setiap kali selepas bersentuhan dengan pesakit / cairan dari pesakit (termasuk najis, kencing, kahak dan sebagainya)
  • Isolasi / pengasingan sewajarnya
  • Tidak berkongsi alatan seperti cawan, sudu, garpu, picagari ubatan dan sebagainya)
  • Membasuh alatan, cadar (dan alatan lain yang bersentuhan / digunakan pesakit) dengan sempurna
  • Sentiasa bersedia untuk bawa pesakit ke hospital / pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.

SO, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...

COPY PASTE-FROM DOKTORBUDAK.COM

SHAKLEE MLM?????

SIAPA CAKAP SHAKLEE MLM (MULTILEVEL MARKETING)??????

SHAKLEE ADALAH "SOCIAL NETWORK COMPANY".



NAK TAHU KENAPA SAYA OBSES SESANGAT DENGAN SHAKLEE?

1) Tiada sistem HEAD HUNTING (Ia bukan cari untung dengan masukkan downline then paksa mereka keluar modal)... bukan yer!!!!


2) Tiada FRONT LOADING (Siapa nak masuk ahli kena beli product banyak-banyak, kemudian bulan tu dapat beribu riban,pastu barang melambak kat rumah,sudahnya kena jual murah bagi dapatkan duit balik)

3) Tak KAYAKAN UPLINE (Sebab siapa usaha lebih...dia dapat lebih)

4) Product SHAKLEE telah lama di pasaran dunia. (Lebih kurang 50++ tahun)

5) Group support yang sangat kuat !!!! Sebab tu terlalu ramai yang sudah berjaya menjana income 4-    5 angka sebulan !!!!

 HANYA PADA ORANG YANG "NAK".

RENUNG-RENUNGKANLA DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH
NAK JANA INCOME TENGAH BULAN???