SHAKLEE

8 February 2015

PENTINGNYA AIR DALAM BADAN KITA

Tahukan anda

AIR KOSONG PENAWAR SEGALA JENIS PENYAKIT

Badan kita mengandungi 60 % air.
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

Dengan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari, badan kita dapat banyak manfaat darinya.

Antara manfaat meminum AIR KOSONG

  1.  Awet muda - Dengan meminum air kosong yang mencukupi,kita boleh nampak awet muda dan kulit tidak akan kelihatan kusam.Malah, air kosong juga akan membuatkan kita kelihatan segar dan sihat.
  2. Tiada lagi masalah sembelit-Dengan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari, kita akan terhindar daripada sembelit.So, mulakan pagi anda dengan air kosong.
  3. Menghilangkan sakit kepala- Air kosong yang mencukupi juga boleh mengurangkan sakit kepala yang dihadapi yang disebabkan dehidrasi.
  4.  Mendapatkan Berat Badan Ideal- Berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi anda yang ingin mendapatkan berat badan yang diimpikan, maka mulalah meminum air di pagi hari dan jminum dalam jumlah yang cukup.
  5. Meningkatkan kesuburan- Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
  6. Menyihatkan jantung-Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
Banyak lagi khasiat air kosong ni kalau nak dikongsi.
Sekarang korang pun da tahukan manfaatnya serba sedikit.
so, mulai sekarang bersama-samala kita memulakan minum air kosong dengan mencukupi.



No comments:

Post a Comment